Monday, March 4, 2013 | Monday, March 04, 2013 | 0 Drop on
Holla,
Maaf kerana lama tak update blog yea korang. Hamboiii cewahhh kemain aku cakap cam aku ni retis. Ewahhhh *nenari samba. Okayy setopp miraa jangan nak happy sangat kayy. This post for my late grandma. Pada malam 17 Februari 2013 itu sukar aku nak melelapkan mata sehingga pukul 3 lebih aku terlelap sekejap. Pada pukul 4 am aku mendapat panggilan daripada mama yang mak(nenek) aku dimasukkan. Ya Allah tak keruan aku dibuatnya tapi mama cakap jangan risau tapiaku tau masatu mama sangat risau dan takmau pelajaran aku terganggu. Sampai petang tu abis class baru jea aku nak tido dapat lagi panggilan dari mama yang mak sakit tenat dan nazak. Astagfirullahalazim. Hati aku rasa lain macam sangat-sangat. Aku berdoa banyak kali masatu.Ya Allah panjangkan umur mak bia aku sempat mintak ampun padanya. Tuhan makbulkan doa aku. Pukul 9 pm aku sampai JB. teros aku balik rumah mandi dan terus ke hospital. Masa kat lua wad tu tak terasa sangat sedihnya. Sekali masuk kea wad tu subhanallah sebak sangat hati aku tengok mak bernafas macamtu banyaknya wayar-wayar kat badan mak. Mak pakai tiub. Mak dah tak boleh makan macam biasa. Ya Allah sebaknya hati. 4 hari aku di JB dan 4 hari gak aku tertinggal class. Takpe demi mak adik sanggup mak. Satu hari aku jaga mak lapkan badan mak. Bisik padanya 2 kalimah syahadah, bacakan yaasin untuk dia. Aku takut tengok mesin nyawa tu. Adakalanya turun adakalanya naik. Badan mak kejap panas kejap tak. Ya Allah mengalir airmata aku diketika itu dengan tengok mak nafas tercungap-cungap macam susah nak bernafas. Kesiannya. Pada hari kedua mak dihospital ketika saudara-saudara melawatnya dan bacakan yaasin mak mula bernafas sekat-sekat! Mesin nyawa tu berbunyi banyak kali dan warna merah satu persatu. Disaat itu aku pitam kerana mungkin terkejut. Pertama kali berlaku dalam hidup aku. Tak lama tu mak okay balik. Dan pada hari isnin 25 Feruari 2013 pukul 4 am juga mama call cakap mak dah pergi. Mak dah pergi buat selama-lamanya. Makkkkkkkkkk........................... kenapa awal sangat? Sampai hati mak tinggalkan kami. Mak, kami sayang mak. Aku menangis sempatkah aku mencium jenazah mak? Sempatkah aku melihat wajah terakhir mak? Sempatkah aku tatap wajahnya? Dalam bas aku resah gelisah kerana pikirkan benda tu. Banyak kali aku sedekahkan Al-Fatihah. Mama call jenazah mak dah siap dimandikan dan dikapankan. Ya Allah, sempatkanlah masa untuk aku jumpa mak untuk terakhir kali. Tapiiii....................................... aku tak sempat!!!!!!!!!!! Mama call lagi cakap jenazah mak dah nak ditanam. Ya Allah terkilan rasa hati ni tak sempat jumpa. Esoknya aku ke kubur mak. Menangis. Aku sempat ke kubur arwah cik diana gan cik leha. Ya Allah kat fikiran aku masatu kesian mak sorang-sorng kat dalam sana. Mak duduk dalam gelap. Mak sorang-sorang. Adik nak teman mak :'(. Menitis airmata aku. Dulu masa mak sihat cucu-cucu dia nak makan apapun dia masakkan buatkan. Belikan baju raya. Kasut raya. Bagi duit raya. Rindu lempeng, kuih donat, pau sambal, nasi lemak, jemput-jemput pisang, asam pedas, singgang and banyak lagi. Rindu nak makan tu semua mak. Mak balik lah balik mak. Masakkan tok adik. Adik rindu mak. Walaupun dulu mak selalu bebel kat adik sebab adik suka tido atas katil kepala kebwah kaki kat atas katil sebab nanti darah turun kat kepala. Waktu dulu mak ajar adik ngaji sampai adik khatam quran. Mak buatkan pulut kuning semua tu. Dulu kita pergi jenjalan sesama kan mak. Kehilangan mak amat dirasai mak. Kami perlukan mak. Baliklahh mak!!!!!! :'(
"Tangan lembut ini lah yang dahulunya mengusap lembut rambut aku, mendukung aku diwaktu kecil, menyuap aku, mengikatkan rambut aku, memasakkan makanan kegemaran aku, menyiapkan aku untuk ke sekolah ketika mama dan ayah tiada. Tangan lembutnya juga lah aku salami ketika nak pergi mana2. Dia juga yang mempertahankan aku bila kene marah gan mama dan ayah. Aku rindukan bebelannya. Gurauannya. Kemarahannya. Tapi sayang perginya takkan kembali lagi. Wajah ini lah yang akan selalu aku rindui. Mak, adik rindu mak sangat. Semoga tenang disana mak. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Diletakkan ditempat orang-orang yang beriman. Al-Fatihah."